31 August 2009

28 August 2009

Permatang Pasir: UMNO masih berangan-angan....

Bila UMNO meletakkan calonnya dalam PRK Permatang Pauh,UMNO sedar bahawa mereka akan kalah,bukan sekadar kalah tapi kalah teruk. Namun,keupayaan UMNO meraih sebilangan besar undi Melayu semasa PRK Manek Urai telah memberi semangat baru untuk UMNO bertanding di Permatang Pasir di mana rata-rata pengundinya terdiri daripada orang Melayu. Mahyiddin Yassin sangka orang Melayu sudah kembali kepada UMNO.

UMNO fikir bahawa gelanggang yang mereka akan bertarung itu adalah hampir mirip Manek Urai, iaitu kawasan yang mana pengundi-pengundinya adalah majoritinya Melayu. Namun UMNO tidak sedar bahawa senarionya adalah berbeza. Setelah mengalami angin perubahan di Manek Urai,UMNO harap keadaan yang sama akan berlaku di Permatang Pasir.

UMNO mungkin tidak sedar bahawa gelanggang pertandingan itu adalah antara 3 kawasan DUN dalam kawasan parliamen Permatang Pauh,yang merupakan domain utama ketua pembangkang saudara Anwar Ibrahim. UMNO sedar bahawa agak sukar bertarung di Permatang Pauh, tapi dengan tipu muslihat yang digembar gemburkannya, mungkin ini ada peluang untuk mengurangkan pengaruh saudara Anwar Ibrahim di Permatang Pauh itu.

UMNO bermula dengan cara melabelkan saudara Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu. Bukan setakat itu saja, malah UMNO guna berbagai taktik politik pembunuhan karakter melalui media massa dan juga melalui "poison pen book" berjudul '50 Kemusyiklan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim'. Itulah testamoninya betapa sungguh UMNO mahu "membunuh" karier politik saudara Anwar Ibrahim. Malangnya usaha memburuk-burukkan saudara Anwar Ibrahim tidak menunjukkan apa-apa kesan langsung kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir.

Faktor utama kekalahan UMNO di Permatang Pasir berpunca daripada calon UMNO yang bermasalah. Tetapi, sekiranya UMNO meletakkan seorang calon lain, selain daripada Rohaizat, keputusannya adalah sama juga.

Pokoknya, UMNO lupa bahawa ini kubu kuat Ketua Pembangkang, saudara Anwar Ibrahim dan faktor Anwar itu sudah cukup menjadi alasan yang kuat bagi UMNO agar tidak meletakkan calon seperti yang dilakukukannya di Penanti dulu. Persoalannya mampukah UMNO boleh menyaingi populariti Anwar Ibrahim di situ?

Maka tak hairanlah bila PM Najib sendiri mengaku bahawa dia tahu sebab kenapa UMNO kalah. UMNO kalah bukan kerana UMNO lemah, malah ahli-ahli UMNO berdaftar di Permatang Pasir berjumlah hampir 9,000 orang, tetapi UMNO kalah kerana faktor Anwar. Isu saudara Anwar Ibrahim dimainkan oleh UMNO namun ini ternyata langsung tidak mempengaruhi pengundi-pengundi.

Penganalisa-penganalisa politik pro UMNO begitu cepat untuk membuat andaian bahawa pengundi-pengundi sudah mula menerima semula UMNO setelah majoriti PAS merosot sebanyak 882 undi. Kemorosotan undi itu diimbangi dengan peratus pengundi yang keluar mengundi, yang mana peratus keluar mengundi kali ini pun merosot juga. Anjakkan yang kecil ini tidak bererti UMNO sudah jadi popular kembali di kalangan pengundi-pengundi.

UMNO dikatakan mempunyai hampir 9,000 orang ahli di Permatang Pasir. Dalam PRU 2004 lebih daripada 7,000 ahlinya mengundi UMNO, namun calon UMNO tetap kalah juga di tangan PAS. Pada PRU 2008, ramai ahli-ahli UMNO beralih angin dan membantu calon PAS menang dengan majoriti yang besar.

Majoriti calon PAS merosot daripada 5,433 kepada 4,451. Perbedaan majoriti itu bukan bererti bahawa sokongan untuk calon PAS merosot. Ia mungkin kerana ramai penyokong PAS sama ada di Permatang Pasir atau di luar kawasan Permatang Pasir tak keluar mengundi kerana hari mengundi jatuh pada hari kerja dan mereka tak mahu korbankan cuti mereka, kerana mahu simpan untuk Hari Raya Puasa nanti. Penyokong-penyokong PAS juga berasa selesa dan yakin PAS akan menang besar dan ambil sikap sambil lewa. Lagi pun pengundi-pengundi ini sedar bahawa menang atau kalah, status kerajaan Pulau Pinang tidak akan berubah.

Apa yang jelas peratus yang keluar mengundi adalah lebih rendah daripada semasa PRU 2008 dulu. Jika sekiranya UMNO berpendapat bahawa kemorosotan majoriti adalah petanda pengundi-pengundi sudah kembali kepada UMNO, UMNO memang silap. Undi UMNO tetap tak berganjak, iaitu sebanyak 5,571(2008) dan 5,067(2009). Dalam ertikata lain ahli UMNO totok tetap memberi sokongan kepada UMNO, walaupun imej calonnya sudah tercalar. Jika ada perubahan pun mungkin ahli UMNO yang dulu memangkah PAS, kini dah balik menyokong UMNO semula.

Sebenarnya PRK Permatang Pasir ini menunjukkan bahawa yang kembali menyokong UMNO sepertimana yang diwar-warkan oleh Mahyiddin, Zahid Hamidi dan penganalisa-penganalisa pro UMNO adalah orang-orang UMNO sendiri. Bertolak daripada itu UMNO jangan syiok sendiri kerana kononnya pengundi-pengundi sudah beralih arah.

Isu adun PKR Lunas tidak mempengaruhi pengundi-pengundi Permatang Pasir, tetapi apa yang pasti imej PKR sudar tercalar. Bagi Pakatan Rakyat, sungguhpun keputusan PRK Permatang Pauh ini menunjukkan kemenangan yang besar dan selesa baginya, tapi jangan pula terlalu over-confident sangat kerana dalam politik macam-macam boleh jadi. PAS perlu ingat juga mereka masih menumpang kepada pengaruh saudara Anwar Ibrahim,untuk mengekalkan kemenangan di situ.

Hari itu Muhyiddin kata pengundi-pengundi Permatang Pasir perlu berubah. Sebenarnya pengundi-pengundi Permatang Pasir nak UMNO berubah dulu. Namun, setelah lebih setahun UMNO masih gitu juga, masih memperkudakan PDRM, Mahkamah, SPRM & SPR bagi mencapai hasarat dan cita-cita UMNO.

Tengok saja cara SPR ator hari mengundi. Ada akaikah SPR pergi buat pada hari Selasa,hari orang pi kerja? Ini semua idea sapa,kalau tak lain tak bukan......UMNO.

SPR cuba bantu UMNO untuk dapat "quick victory". Mana tahu kalu-kalu anak-anak muda pergi kerja tak boleh datang mengundi. Betul-betul biol punya UMNO, depa ingat orang Permatang Pasir ini bodoh, sebaliknya UMNO telah diperbodohkan oleh pengundi Permatang Pasir, sampai depa tertelan pasiaq.......

Baca di sini dan sini.




Ke mana perginya undi-undi itu, Najib,Mahyiddin dan Zahid Hamidi.......?

a. Sama Gagah - 5 saluran,BN kalah semua.
b. Permatang Ara - 5 saluran, BN menang 1 saluran.(saluran 1 ialah saluran orang tua)
Permatang Pauh - 4 saluran, BN kalah semua.
c. Bukit Indera Muda - 5 saluran, BN menang 1(saluran 1 yang kalah 24 undi).
d. Kampung Pelet - 4 saluran, BN kalah semua.
e. Kubang Semang - 3 saluran, BN kalah semua.
f. Tanah Liat Mukim-8, BN kalah semua saluran.
g. Permatang Tengah 100% pengundi Melayu, BN kalah semua saluran.
h. Kg. Cross Street yang 100% orang Cina:
Saluran 1 Pas 125 BN 66
Saluran 2 Pas 278 BN 66
Saluran 3 Pas 270 BN 75
Saluran 4 Pas 265 BN 95

Setelah pengundi dihabuankan dengan seorang RM300,RM500 dan RM1000 ditambah dengan kain telekong, sejadah, kain pelekat, pembangunan segera, upah pegang bendera, upah panjat tiang,upah tampal poster dan lain-lain sogokan,oleh UMNO/BN, pengundi ambik, tapi bila mengundi.....(faham-faham saja)

UMNO kononnya nak buat post-mortem,tak payah,buang masa dan duit. Aku boleh bagi jawapannya.....iaitu setelah 50 tahun pengundi dah meluat dengan UMNO terutama pemimpin-pemimpin yang rata-ratanya kaki penyamun!

cheers.

27 August 2009

Senator Prof.Ismail Salleh meninggal........

Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis. Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

source:Bernama

Innalillahi wainnaillahi rajiun

al-fatihah

Dr Chua Soi Lek booted out from MCA.........

MCA deputy president Dr Chua Soi Lek has been formally sacked from the party for damaging the party's reputation due to his sex scandal. At a press conference at 12.15am at the party headquarters, MCA president Ong Tee Keat announced that the presidential council had
endorsed the recommendation of the party's disciplinary committee to sack Chua over the matter.

"We did so with a heavy heart after giving much consideration to the damage inflicted upon the party image, brought about by the sex scandal featured in the DVD.

"This decision has been made in the best interest of the party," said Ong, reading from a prepared text after a marathon five-hour meeting.

Ong said Chua ha 14 days to appeal the decision, but added that the party constitution does not allow the decision to be challenged in court. Chua was not allowed to participate in the meeting as he was an interested party.He said he had received a report from the disciplinary committee which recommended the presidential council to sack him. He added that he will adhere to whatever decision made by the party on the matter.

He also said that he hoped party president and his rival Ong Tee Keat will "sleep well tonight after I'm expelled".He also lashed out at Ong for keeping the party without any directions since taking over the presidency.

"The party has no clear direction, members are fighting against each other and MCA could not win back the Chinese voters," he said.

"It has been more than 16 months since the general election and 10 months since the last party election, but there has been little evidence of change.

"There is no closing of ranks, no unity, morale is low and suspicion is the order of the day," he said.

Asked what were the grounds to sack him, Chua sarcastically replied: "Tarnishing the party image is a very severe crime, I am lucky they did not sentence me to death" Asked if he would appeal to the decision, Chua said he has yet to make a decision but he has ruled out the possibility that he will join the opposition. Asked if the decision will be the end of his political career, he said: "I do not know. I am not as clever as usual".

Dr.Chua was caught in the sex DVD scandal last year and he resigned as a party vice-president and health minister, he was elected as the deputy president in October last year.

source:malaysiakini/theSun

Dr.Chua's press statement here.

cheers.

25 August 2009

UMNO telan pasiq di Permatang Pasir.........



9618


5067

MAJORITI: 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83

PAS’s majority was just short of last year’s 5,433 margin when the turnout was higher. With a much lower turnout the status quo in terms of support for both PR and BN remains the same. Today’s turnout was 73.1 per cent compared to last year’s 82.57 per cent in 2008.

The win dealt a heavy blow to UMNO, which had gone into the fray on the premise that support for the coalition had increased and a wind of change is blowing across the Permatang Pasir constituency on polling day favouring UMNO, following its near-win in the Manek Urai by-election in Kelantan last month. In that election,UMNO lost by a mere 65 votes in a rural Malay constituency that was considered a PAS bastion.

Anwar said the victory reflected the people's trust in the opposition alliance. "Today's result proves that the people have rejected the divisive politics of Umno/BN,"




The vanquish, left all alone......where is Muhyiddin, Zahid Hamidi or KJ?


the announcement.......





By-elections held since GE2008, its 7-1 in favour of Pakatan Rakyat..........

CALON-CALON UMNO/BN YANG KANTOI






cheers.

N11 Permatang Pasir - Lebih daripada 60% mengundi.........



Voters in Permatang Pasir started voting at 8am today to elect a new state assemblyperson for their constituency. Opposition Leader Anwar Ibrahim and his wife Dr Wan Azizah Ismail are however among the voters in this constituency and they were among the earliest to cast their votes.

Speaking to reporters after voting, Anwar said he was confident of a satisfying majority for Mohd Salleh. He also said that Pakatan Rakyat party workers have been informed to keep a lookout for phantom voters.

For live updates visit here and here.








cheers.

N11 Permatang Pasir - Jom kita menangkan PAS.......

Today is polling day in Permatang Pasir. Its between PAS Hj.Mohd. Salleh Man and BN/UMNO Rohaizat Othman that the electorates got to choose.

A number of roads in and around the vote-tallying centre, situated at the National Youth Skills Institute (IKBN) in Jalan Berapit, Bukit Mertajam would be closed for traffic from 5.30pm to 10pm tomorrow. Among roads to be closed are Jalan Berapit and Jalan Berapit/Jalan Mengkuang junction.

Traffic from Bukit Mertajam or Perda would be diverted to Jalan Abdul Kadir or Jalan Tok Elong to Jalan Tanah Liat, Kubang Semang and Butterworth-Kulim Expressway (BKE).

Traffic from Kulim or BKE would be diverted from the Jalan Mengkuang/Jalan Berapit junction to Jalan Mengkuang to avoid any congestion near IKBN.

Party supporters are to observe or use the respective designated roads to reach IKBN as per previously agreed by both parties.

Barisan Nasional (BN) is to use Jalan Tanah Liat or Jalan Abdul Kadir to Jalan Berapit.

PAS members are to take Jalan Mengkuang and BKE to reach Jalan Berapit.

Pesan Tok Guru Nik Aziz.....

"Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang di-Pertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita."

"Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi."

Sila keluar beramai-ramai bagi menjaminkan kekalahan UMNO. Ramai-ramai kita pakat undi calon PAS.

Baca di sini.











cheers.

24 August 2009

N11 Permatang Pasir - Anwar remains the main crowd puller.......

Pakatan Rakyat candidate Mohd Salleh Man, 55, contesting the Permatang Pasir by-election is from PAS. He faces off Barisan Nasional and Umno challenger, Rohaizat Othman, 38, who is hogging the limelight for all the wrong reasons. But candidates aside, there is one man who stands head and shoulders above others in Permatang Pasir state constituency - Permatang Pauh parliamentarian Anwar Ibrahim.

Apart from certain areas with hardcore PAS voters, Anwar remained the biggest crowd puller. The non-Malay voters are virtually Anwar loyalists. They are simply mesmerised by his oratory skills and anti-BN jibes. Like Permatang Pauh by-election last year, some 90 per cent of the constituency's nearly 5,800 non-Malay votes should go for PAS, largely due to Anwar. The PKR de facto leader Anwar won Permatang Pauh by-election last August by a 15,671-landslide majority, securing 31,195 votes against his nearest challenger from Umno Arif Shah Omar Shah's 15,524, Relatively unknown Hanafi Hamat from Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) lost his RM15,000 deposit with mere 92 votes. Anwar garnered more than 13,000 votes in Permatang Pasir constituency.

In several Pakatan rallies held in current by-election in pre-dominantly non-Malay areas, Anwar had appealed to voters to give full support to PAS state commissioner Mohd Salleh.

"Give him the same support you have been giving me," Anwar said at last night rain-affected rally Kampung Cross Street, Bukit Mertajam. Even Barisan Nasional leaders and grassroots campaigners tacitly conceded that Anwar would be the major difference in the contest.

"This is his territory. He is the towering political figure here," admitted an Umno local leader.

The tribal king

Many BN campaign strategists are resigned to defeat partly due to Anwar's presence and Rohaizat undermined credibility due to various surfacing allegations on malpractices and wrongdoings. Their best hope now is to reduce the PAS majority. Permatang Pasir, which has been PAS sole seat held by the late Mohd Hamdan Abdul Rahman in Penang since 1999, has 20,290 voters and one postal vote. Some 72.36 percent of the electorates are Malays, 25.85 percent Chinese, 1.63 percent Indians and 0.16 percent others. It has 300 new voters. The by-election was called after from Hamdan passed away on July 31.

One may claim that Permatang Pasir is PAS stronghold and can be retained without Anwar's influence. However, one shall not forget PAS first won Permatang Pasir in 1999 general election via Hamdan on the wave of Anwar's sympathy votes. The constituency's most famous son, Anwar then was languishing in jail. In 2004, general election, Hamdan won it again by only 679 votes before retaining it in March last with a majority of 5,433 votes beating Umno's Ahmad Sahar Shuib. Anwar secured more than 7,000 majority votes in Permatang Pauh by-election in Aug last year, 2,000 votes more than Hamdan. Anwar' undisputed position as Permatang Pauh 'tribal king' inevitably invites trouble.

Upset but unperturbed

The latest poison pen book on him - '50 Kemusyiklan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim' (50 doubts about a human named Anwar Ibrahim) is a testimony to the extent his adversaries fear his political strength. Anwar though looks upset but seems unperturbed by the book, which has been circulated in several places in the Pakatan Rakyat-ruled state of Selangor

"Certain people are behind this book but they dare not identify themselves.

"But we know it must from Umno . . . circulated freely at bus and taxi stands," he said after a rally last night.

Apart from this 193-page book, titled, another book titled 'Nasib Melayu Selangor' (The fate of the Malays in Selangor) attacking the leadership of Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim has also been circulated. The two books, with no author or publishers' names, emerged soon after the Selangor government supporters club claimed that there was an Umno-BN conspiracy to topple the state Pakatan administration. Anwar drew similarities with the latest poison pen book on him with the '50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' (50 Reasons Why Anwar Cannot Become Prime Minister), which appeared more than 10 years ago. '50 Dalil' was distributed in 1998 just before Anwar was sacked from his deputy prime minister post and kicked out from the party over allegations of sodomy and corruption.

Anwar acknowledged that both books on him have hallmarks of malicious and vicious campaign to tarnish him. But he felt that Malaysians, especially Malays, would not be influenced by such venomous propaganda.

"Malaysians and Malays are matured now. They would not believe all these slanderous lies," he told Malaysiakini in between his busy by-election campaign schedule.

Voters fatigue?

Meanwhile, the voters in Permatang Pasir seemed to be hit by fatigue. Perhaps the trial of a third by-election in their constituency within the last 17 months may have tolled them. Crowd turnouts in many rallies have not been encouraging. Some voters are less keen to attend rallies, even those organised by Pakatan, partly because they have already made their minds and partly being bore down by rhetoric political statements. Some observers predict a low voter turnout for the polling day on Aug 25.

Permatang Pasir will be the third by-election within a year in the Permatang Pauh parliament seat and eighth in the country overall since the last general election. Pakatan has won six while BN took the Batang Ai state seat in Sarawak. With just about 24 hour ago to Tuesday polls, BN election think-tank had acknowledged that the coalition was trailing Pakatan by 40-60 per cent among Malay voters and by 10 - 90 per cent in non-Malay areas. While BN strategists believe they can win over 10 per cent more Malay votes, they are clueless about what to do with non-Malay votes.

"Most non-Malays seem friendly and were supportive to our candidate. Of course they are accepted all our gifts and instant projects.

"But I doubt they will vote for BN. They have not lost their hatred towards BN leaders, who they perceived as arrogant and corrupted," said Umno local leader.

Although Umno vice-president Ahmad Zahid Hamidi has openly stated that BN would make development promises to woo voters, BN campaigners were seen making promises to carry out small projects, such as to renovate surau, village homes and repair roads.

Anwar has already called on voters not to be shy of asking for cash and material aids from BN during the campaign.

"Ask BN to repair your suraus, homes, re-tar roads. . . ask their leaders to give fertilizers, tractors and other agro-aids. "But when you vote, vote for the moon (PAS symbol)," said Anwar, drawing laughter and applause.

Permatang Pasir folks are highly likely to heed to their favourite leader's call.

source:malaysiakini

Did Najib met Anwar? read here.


UNDILAH CALON PAS


dan ramai-ramai....



ACARA KEMPEN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DI PRK PERMATANG PASIR - 24 OGOS 2009 (ISNIN)

6.30 - 8.00 mlm: Tazkirah, Buka Puasa dan Solat Maghrib

Tempat: Masjid Permatang Pasir

8.42 - 10.30 mlm: Solat Isyak, Tarawikh dan Tazkirah

Tempat: Masjid Permatang Pauh

9.00 - 12.00 mlm: Ceramah- Grand Fnale

Tempat: Taman Cermai - Sama Gagah

Panel penceramah :

1. Anwar Ibrahim
2. Azmin Ali

3. Saifudin Nasution
4. Chua Jui Meng
5. Dato’ Zaid Ibrahim
6. Shamsul Iskandar
7. Sim Tze Sim
8. Ustaz Mohd Salleh Man (calon)

cheers.

N11 Permatang Pasir - Tuan Guru Nik Aziz tuntut 3 media terbabit tarik balik kenyataan........

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan ‘isu Surga dan Islam Palestin’ serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan. Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

“Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS.”

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata – ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan ‘Islam Palestin’.

“Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini,” katanya.

Kenyataan TG.Nik Aziz seperti yang disiarkan TV3:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Kenyataan TG.Nik Aziz yang dilaporkan oleh Bernama:

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Meanwhile, Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim, who visited the Permatang Pasir constituency today, said that the Nik Aziz was welcomed to pursue the law suits.

“Nik Aziz can take any number of lawsuits, perhaps longer than his turban... what matters really at the end of the day is his credibility,” said Rais.

“To say that another fraction of the society is not true Muslim or to say that he is more Islamic than the rest, it is up to the public to judge,” he said.

“He has been saying a lot of things, but I think (there are) a lot of the things he has forgotten. If he has forgotten, it is about time he remembers again,” said Rais.

Sementara itu, seekor lagi katak,Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak. Dia,yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai Adun bebas tetapi tidak mahu melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan dan sekarang sokong BN/UMNO.

source:malaysiakini

Rais Yatim also has been saying a lot of things and I wonder whether he still remembered when he said,"telah ku bakar jambatan untuk kembali kepada UMNO" Therefore if he has forgotten, it is about time he remembers again.........

Mana ada terbit ungkapan ahli UMNO tak boleh masuk syurga dan Islam palsu dari Palestine? Yang palsu,hanya laporan-laporan Utusan Meloya,Berita Harian dan Bernama. Saman,jangan tak saman, sampai depa bankerap habis!!

Pasai katak,aku rasa katak macam ini, lebih baik tembak bagi mampuih saja...........

UNDILAH CALON PAS




dan ramai




cheers.

22 August 2009

N11 Permatang Pasir - Rohaizat - apa kata bapa mertuanya dan sifu Mahathir ........

Rohaizat, calon UMNO,Permatang Pasir dicegah daripada mempraktis dirinya sebagai peguam oleh Majlis Peguam Malaysia kerana pecah amanah.

Kini Ketua Pemuda Pas, Nashrudin Tantawi melondehkan skandal isteri kedua yang cuba dinafikan oeh Rohaizat. Nashrudin menyebut nama isteri kedua Rohaizat sebagai Rafizah, lengkap dengan tarikh mereka berkahwin, dan apa jawatan isterinya semasa dikahwini.

Berikut adalah pengakuan bapa Rafizah yang dinikahinya. Klip ini mengesahkan bahawa Rohaizat telah bernikah. Saudara-saudari nilaikan sendiri........








Dr Mahathir Mohamad today contributed to the mounting pressure on the party's candidate for the Permatang Pasir by-election Rohaizat Othman.Asked what he thought about the matter, the 83-year-old statesman zeroed in on Rohaizat's alleged second wife.

"I was told he is accused of having two wives, but he said 'No'. Then someone showed the picture (of the woman). I don't know if such a person is qualified to be come an elected representative or not.

"I don't know lah," said Mahathir with a grin.

The candidate's rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as 'Rafizah Mohd Ali' which the latter has denied.

PAS Youth chief Nasrudin Hasan alleged that Rafizah accused Rohaizat of treating her as a mistress and failed to provide adequate nafkah (subsistence). It cannot be determined if pictures of Rafizah have surfaced publicly as suggested by Mahathir, but the media in Permatang Pasir have gotten wind that certain quarters intend to circulate a video recording of a recent interview with the woman.

Rohaizat's credibility first took a beating when it was revealed that the 38-year-old lawyer had been disbarred after being found guilty of financial misconduct.

Read here.

source:malaysiakini



UNDILAH CALON PAS



dan




PROGRAM ANWAR IBRAHIM DIPERMATANG PASIR.

SABTU, 22 OGOS 2009

6.30-8.00 MLM – TAZKIRAH, BUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB

TEMPAT: MASJID JAMEK AL-FALAK PENGKALAN TAMBANG

8.42- 10.00 MLM – SOLAT ISYAK, TARAWIKH, DAN TAZKIRAH

TEMPAT : MASJID HAJI SAAD, KAMPONG PELET

8.00-11.00 MLM – PROGRAM MASYARAKAT TIONGHUA

TEMPAT: KAMPONG CROSS STREET

PENCERAMAH :

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YB CHONG ENG

3) YB TAN HOCK LEONG

4) YB SIM TZE SIM

5) YB LOW CHOO KIANG

6) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

10.00 – 12.00 MLMCERAMAH PERDANA

TEMPAT : PERMATANG JANGGUS

PENCERAMAH:

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YB SALAHUDIN AYUB

3) YB MAHFUZ OMAR

4) USTAZ SALLEH MAN (CALON)


cheers.

21 August 2009

Salam Ramadan Al Mubarak...........


Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" - Surah Al-Baqarah: Ayat 183

(O ye who believe! Fasting is prescribed for you, even as it was prescribed for those before you, that ye may ward off (evil); (Al-Baqarah 183))


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG

TANGGUNGJAWAB ANDA JANGAN DIABAIKAN




cheers.

N11 Permatang Pasir - UMNO rasuah dengan wang palsu.........


UMNO rasuah pengundi dengan wang palsu. Mungkin depa rasa peluang nak menang tipis, tambah-tambah lagi bila calon yang dipilih UMNO itu penuh dengan misteri..........jadi kasi sajalah wang palsu........









cheers.

20 August 2009

N11 Permatang Pasir - Voters & his partner view on BN's Rohaizat.........

The folks at Permatang Pasir talk about the two candidates for the N11 state seat. Standing for BN is the Permatang Pauh Umno secretary Rohaizat Othman while Penang PAS commissioner Mohd Salleh Man is the man for PAS and Pakatan Rakyat.



Meanwhile, the controversy surrounding Barisan Nasional candidate Rohaizat Othman’s disbarment took a new twist today when his partner, the one Umno accused of taking their client's money, appeared to deny the allegation.

Yusri Ishak alleged that the money was used by Rohaizat to open up a branch of the firm in Ipoh and said that the Umno politician cannot deny involvement in the case. The 38-year-old lost an appeal on Aug 12 against being struck off the rolls of the Malaysian Bar after he blamed his partner for the matter which the Bar Council said involved RM161,000 in client's money.

Rohaizat is facing PAS's Mohd Salleh Man Mat Aji in a straight fight for the Permatang Pasir state seat on Aug 25, the country's eighth by-election since Election 2008. Umno has dismissed the issue, saying Rohaizat has paid back the money and it is not a criminal case, accusing the opposition of playing up the issue.

Rohaizat was disbarred last year after he was found guilty by the Bar Council’s disciplinary board of misconduct of failing to return the money to the Penang Rubber Smallholders’ Cooperative.

Yusri(gambar di atas) bekas rakan syarikat guaman Rohaizat calon Permatang Pasir telah menerangkan apakah sebenarnya kes lesapnya 161,000 ringgit duit Koperasi Getah. Rakan guaman ini telah diberitakan sebagai orang yang bertanggung jawab serta dikambing hitamkan oleh UMNO diatas hilangnya duit sebanyak 161,000 ringgit ini.


Berikut adalah kenyataan Akhbar Yusri Ishak......

KENYATAAN AKHBAR

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut. Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman. Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual. Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut. Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan. Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth. Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan. Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas. Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut. Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan. Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu? Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat. Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.- malaysiakini BM

YUSRI ISHAK
20 Ogos 2009



Sekarang UMNO akan kategorikan Yusri Ishak,rakan guaman Rohaizat sebagai seorang pengkhianat........ptuiiiiiiiih!!!!

Baca di sini.


UNDILAH CALON PAS


cheers.