01 August 2013

Petisyen PAS DUN Kuala Berang paling mahal, RM150,000...

 
Petisyen pilihan raya yang dibuat oleh PAS untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu mencatat rekod kos petisyen paling tinggi apabila pempetisyen dikenakan kos sebanyak RM150,000.
 
Hakim Mahkamah Pilihanraya Kuala Terengganu, Datuk Mariana Yahya menolak petisyen yang dibuat seorang pengundi di kawasan itu, Ahmad Zamani Yusof.

Ahmad Zamani diwakili peguam Saipudin Othman, Faris Irwan Mustafa dan Mohd Azwan Mohd Rosli.

Sebelum ini, hakim yang sama menganugerahkan hanya RM30,000 kepada wakil rakyat PAS dari DUN Teluk Pasu Ridhuan Hashim dan Rantau Abang, Alias Harun.

Petisyen yang dikemukan oleh BN terhadap mereka ditolak oleh mahkamah sama.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Muhyidin Abdul Rashid kalah kepada Tengku Putera dengan majoriti 449 undi di DUN Kuala Berang.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : TERENGGANU

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.23 - KUALA BERANG
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. T. PUTERA BIN T. AWANG BN6,917MENANG
2. MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID PAS6,468

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :15,330

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :280

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :13,665

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :13,697

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :32

PERATUS PENGUNDIAN :89.30%

MAJORITI :449

Kos petisyen

Sebelum ini, rekod kos petisyen dicatat oleh calon PKR untuk parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, apabila dikenakan kos RM120,000.

Ekoran itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen.

Semalam Timbalan Presiden PAS,  Mohamad Sabu membangkitkan isu ini dalam sidang medianya.

"Kes pengendalian pilihan raya semacam ada pengarahan. Ia diselesaikan tanpa perbicaraan dan kos yang dituntut mahkamah amat luar biasa dikenakan ke atas petisyen dari PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata Mohamad Sabu dalam sidang media itu.

Sehubungan itu, beliau mewakili PAS melahirkan rasa pelik dengan kepincangan yang berlaku sedangkan sebelum ini SPR dan kerajaan berkata, mana-mana yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya ini boleh membawanya ke mahkamah.

"Jangan salahkan rakyat jika ada persepsi di kalangan mereka mahkamah sekarang kembali ke zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dulu yang boleh ditentukan keputusannya dan berlaku beli belah hakim yang menyebabkan rakyat tidak mendapat keadilan sebenarnya," tambah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media sama.

Beliau bimbang, selepas protes kepada SPR, rakyat akan buat protes pula di depan Istana Keadilan kerana tidak berpuashati dengan pengadilan kes petisyen pilihan raya ini.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : TERENGGANU

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.04 - HULU BESUT
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. SHALAHHUDIN BIN JAAFAR PAS6,314
2. NAWI BIN MOHAMAD BN7,884MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :16,390

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :170

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :14,368

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :14,425

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :57

PERATUS PENGUNDIAN :88.00%

MAJORITI :1,570

Hulu Besut

Dalam perbicaraan hari ini, mahkamah pilihan raya Kuala Terengganu turut menolak petisyen yang dibuat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Seorang pengundi, Salleh Sidek membuat petisyen terhadap Nawi kerana mendakwa beliau memberikan rasuah, satu kesalahan yang dinyatakan dalam peraturan pilihan raya.

Mahkamah juga menolak petisyen ini dengan kesilapan teknikal dan mengarahkan pempetisyen membayar kos RM50,000 terhadap respondan iaitu Adun BN.

Pempetisyen turut diwakili peguam Saipudin Othman, Faris Irwan Mustafa dan Mohd Azwan Mohd Rosli-malaysian insider

Kuala Terengganu election court awards RM150,000 in costs, setting new record...

The Terengganu Election court set a new record for election petition costs when it ordered PAS to pay RM150,000 to the parties involved in the petition on the Kuala Berang state seat.

Judge Datuk Mariana Yahya in rejecting the petition filed by Ahmad Zamani Yusof on behalf of PAS, awarded RM50,000 each to Barisan Nasional (BN) assemblyman Tengku Putera Tengku Awang, the Election Commission (EC) and the election officer.

Previously, the same judge had only awarded RM30,000 each to PAS assemblymen Ridhuan Hashim (Teluk Pasu) and Alias Harun (Rantau Abang) after rejecting BN's petition against them.

In the polls in May, PAS candidate Muhyidin Abdul Rashid lost to Tengku Putera by a majority of 449 votes for the Kuala Berang state seat.

Prior to this, another election court slapped costs of RM120,000 to PKR candidate Muhammad Bakhtiar Wan Chik for the Balik Pulau parliamentary seat.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had expressed his concern over the court’s decision to dismiss petitions on the grounds of technicality while charging exorbitant costs for each petition filed.

PAS vice-president Mohamad Sabu yesterday said the way the election petitions were handled gave the impression that the courts had received orders from higher ups.

“It was settled without trial and the costs awarded against PAS and our friends at Pakatan Rakyat were extraordinary,” said Mohamad Sabu.

He said the party found it odd that this is happening when the EC and government had said that anyone dissatisfied with the electoral results could challenge it in court.

In today’s case, the election court in Kuala Terengganu also rejected the petition made against Hulu Besut assemblyman Nawi Mohamad from the BN.

Voter Salleh Sidek had filed the petition against Nawi on allegations that the politician had handed out bribes to buy votes.

The court had also dismissed the petition on technical grounds and ordered the petitioner to pay RM50,000 to the respondent, a BN assemblyman. -malaysian insider

 



cheers.

No comments: