05 August 2013

Tembak lagi...RM1000 satu nyawa...


Lagi kes tembak: Penoreh getah mati...

Seorang penoreh getah maut manakala seorang pelayan kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh cedera akibat terkena tembakan pagi tadi.

Mangsa Amirul Tajo Nasir, 40, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada pukul 1.20 tengah hari tadi ekoran kejadian 5.15 pagi itu.

Yang cedera ialah Norhadiana Zakaria, 25, dan dia dirawat di hospital yang sama.


Kedua-dua mereka sebelum itu dimasukkan ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, ketika kejadian  Amirul Tajo sedang minum bersama dua rakannya di kedai berkenaan dan hamper selesai membayar makanan apabila mereka didatangi dua individu bermotosikal jenis Yamaha LC yang memakai topi keledar dan berjaket hitam.

 “Pembonceng motosikal itu kemudiannya dilaporkan melepaskan beberapa das tembakan ke arah Amirul Tajo dari atas motosikalnya dari jarak kira-kira dua meter, sebelum mangsa rebah.

“Tembakan itu turut terkena Norhadiana pada bahagian bawah lutut kanannya,” katanya kepada pemberita di sini.


Mazlan berkata kedua-dua suspek yang turut memakai penutup muka kemudiannya melarikan diri.
“Polis menemui 10 butir kelongsong peluru jenis 9mm, empat slug 9mm dan tiga slug .38 di tempat kejadian,” katanya.

Kes dipercayai akibat dendam dan ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai diminta tampil untuk membantu siasatan.

Sementara itu seorang saudara Amirul Tajo yang enggan dikenali berkata mangsa terkena kira-kira tujuh das tembakan di beberapa bahagian badan termasuk di punggung dan dada.


Beliau berkata mangsa dipercayai tidak mempunyai musuh.

Dia meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan yang berusia tujuh tahun.
 
Norhadiana yang ditemui di hospital berkata ketika itu dia sedang mengambil wang daripada Amirul Tajo sebelum  melihat dua individu bermotosikal menghampiri mangsa.

“Ketika itulah pembonceng motosikal melepaskan beberapa das tembakan dan dalam keadaan kelam kabut itu, saya berlari masuk ke dalam untuk mengambil anak saya yang sedang tidur tanpa mengetahui saya juga terkena tembakan di lutut,” katanya.– Bernama


Hitman hire as low as RM1,000...

A day after an editor of a Singapore daily expressed regret over an article which said hitmen can be hired for about RM5,000 in Malaysia, a Malaysian newspaper has headlined that the price is actually even lower.

According to Malay daily Sinar Harian, assassins can be hired for as low as RM1,000, which ironically fits The New Paper's controversial headline that ‘death is cheap’ in Malaysia.

NONEIn the interview published in question-and-answer format, Sinar asked criminologist Akhbar Satar (right) if ‘price is a factor for the rise of murders using firearms, whereby an assassin can be hired for as low as RM1 000'.

“Yes, but that's not the only factor. Now, firearms can be hired at a low price, too. In fact, used firearms from overseas can be bought cheaply, that is at RM700 per piece and below,” he said.

Akhbar, who is also Transparency International-Malaysia president, said more people are learning to be assassins, using the Internet.

“Assassins can be categorised as amateur, semi-professionals and professionals. In this country, most are semi-professionals, whereby the murders still leave evidence which help police solve the crime,” he said.

azlanAkhbar also said he believes the repeal of the Emergency Ordinance in 2011, which was “done too quickly”, had contributed to the spike in use of firearms in crime.

“The logic is that murders using firearms are committed with those who have experience killing and have the guts to kill. Surely it is the former EO detainees who are hired to kill.”

Meanwhile, the New Straits Times headlined that the government is now mulling placing a tamper-proof tracking bracelet on hardcore criminals to monitor them.

Federal Criminal Investigation Department chief Hadi Ho Abdullah today said about 30 percent of arrests between January 2012 and June 2013 had involved ex-convicts.-malaysiakini





cheers.

No comments: