11 July 2017

RM173,800 untuk no.plat 'PNB1' tu berbaloikah PNB...


Adakah patut Permodalan Nasional Berhad (PNB) membelanjakan RM173,800 bagi membeli nombor plat kenderaan “PNB1” kononnya untuk tujuan “branding”?

Kepada yang belum tahu cerita ini, kisahnya secara ringkas adalah seperti berikut:

Media sosial menularkan satu dokumen bocor daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai hasil pembidaan nombor plat istimewa dalam siri “PNB” iaitu nombor plat negeri Pulau Pinang.

Dalam senarai yang ditularkan itu, nama Permodalan Nasional Berhad muncul tujuh kali kerana berjaya dalam proses pembidaan.

Saya membuat congak jumlah yang dibayar oleh PNB untuk tujuh nombor yang terbit dalam senarai tular itu. Jumlah yang saya peroleh ialah RM387,835. Saya tidak pasti kalau ada nombor lain yang dilanggan oleh PNB.

Apa Perlunya Nombor Istimewa?

Saya ulangi, adakah patut duit PNB digunakan untuk membeli nombor-nombor tersebut memandangkan PNB adalah agensi amanah dan pegawainya adalah pemakan gaji? Mereka bukan pemilik PNB yang boleh bermewah-mewah dengan duit PNB.

Senarai bocor dan tular JPJ itu adalah sah. Pengerusi PNB sendiri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar mengesahkan kepada saya dalam bertukaran WhatsApp. (WhatsApp bukan whatsup).

Saya pergi terus kepada Abdul Wahid (yang pernah saya kagumi dan menaruh harapan tinggi) setelah dua hari gagal mendapat sebarang respons daripada bahagian perhubungan awam PNB.

Saya menghantar pesanan WhatsApp berikut kepada Abdul Wahid: 

“Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Saya cuba beberapa kali hubungi Jabatan Perhubungan Awam PNB (Encik Khamis Omar) tetapi tidak ada respons. Boleh bercakap dengan kerani saja. Saya hendak pengesahan mengenai dokumen yang tular di media sosial, termasuk hasil posting (mengenai) Rumah Terbuka PNB beberapa hari lalu, iaitu kononnya PNB membelanjakan wang yang banyak membida nombor plat khas Pulau Pinang PNB. Pengesahan ini untuk tulisan saya. Terima kasih.”.

Dalam responsnya Abdul Wahid berkata: 

“Penempahan nombor pendaftaran kenderaan siri PNB adakah untuk kegunaan kenderaan-kenderaan PNB. Ini termasuk cawangan ASB bergerak, MPV Hotel PNB Perdana, dll dalam usaha mempertingkatkan penjenamaan PNB.”

Saya membalas: “Terima kasih. I’ll duly reflect your argument in my writing. But you may want to search your conscience whether spending RM173,800 for PNB1 is worth the publicty drive and the penjenamaan.” (Terima kasih. Saya akan paparkan hujah saudara dalam tulisan saya. Tetapi saudara mungkin ingin bertanya hati kecil saudara sama ada membelanjakan RM173,800 untuk PNB1 itu berbaloi untuk tujuan diayah dan penjenamaan.)

Jadi selepas kita dedahkan pemborosan ini, kita tengok siapa akan guna nombor PNB1 atau PNB11 itu – sang dewa atau dewi penghuni kamar eksekutif atau cawangan ASB bergerak?

Para pembahas dan pengunjung juga boleh tentukan yang mana lebih penting -- kenderaan rasmi bernombor plat istimewa untuk eksekutif PNB atau pulangan pelaburan yang baik untuk pemegang unit? Baca seterusnya...

Finding Astro...
"Indians and foreigners must choose auto debit." 
Has anyone else experienced what Madhavi Rai 
did when she tried to subscribe to Astro?

Photo published for Court dismisses defamation appeal by NFCorp, Shahrizat's husband
Nurul did not defame NFC and Salleh
Story kat SINI dan SINI  


Image may contain: 3 people, text
"Tuhan akan laknat kita jika kita menipu rakyat", 
kata Najib Razak (14/10/2012).


cheers.

No comments: