11 August 2017

‘Bodoh’ asingkan cawan murid Islam & bukan Islam...


Tindakan sebuah sekolah di Selangor mengasingkan cawan untuk pelajar Islam dan bukan Islam dikecam kumpulan G25 yang menyifatkan ia sebagai “bodoh” dan “tidak masuk akal.”

Awal hari ini, pemeriksaan FMT di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri di Hulu Langat mengesahkan gambar yang tersebar di laman sosial, bahawa sekolah tersebut menyediakan cawan asing di dispenser air minuman dengan label “MURID ISLAM” dan “MURID BUKAN ISLAM”.

Pihak sekolah enggan memberi komen, manakala usaha menghubungi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalannya, Datuk P Kamalanathan tidak berjaya. Mengulas isu tersebut, ahli G25 Johan Arriffin berkata kejadian seperti ini membuatkan beliau berasa khuatir akan hala tuju Islam di negara ini.

“Perkara seperti ini hanya akan mememecahbelahkan rakyat kononnya atas nama amalan keagamaan.

“Realitinya, hal ini menunjukkan betapa kita telah hilang kefahaman tentang maksud sebenar nilai agama seperti toleransi.”

Johan berkata mengenai perkara seperti halal, apa yang lebih penting ialah kebersihan, daripada sama ada seorang bukan Islam menggunakan cawan.

“Dengan cawan, kamu basuh sehingga bersih. Tidak kira sama ada cawan itu digunakan seorang Islam atau bukan Islam. Menyediakan cawan asing sesuatu yang bodoh.”

Beliau menambah jika semua mengambil mentaliti mengasingkan orang Islam dan bukan Islam, isu ini tidak akan berakhir.

“Kamu akan hadapi situasi di mana semua benda perlu diasingkan, daripada alatan dapur sehinggalah orang yang menyediakan makanan. Ini tidak masuk akal.”

Islam tidak minta perkara sebegini

Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa menyifatkan pengasingan cawan sebagai “malang” kerana dispenser air minuman memberi peluang kepada orang Islam dan bukan Islam berkongsi sesuatu dan sepatutnya berkongsi sesuatu tidak salah.

“Malahan, apabila seorang Cina memakan di kedai Melayu, mereka akan menggunakan pinggan dan alatan yang sama seperti orang Islam, tiada masalah dengan itu.

“Dalam Islam, apabila seorang Islam pergi ke mana-mana untuk makan atau minum, dia tidak perlu soal jika cawan atau alatan telah digunakan oleh orang bukan Islam. Kamu patut menganggapnya bersih.”

Beliau menambah dasar pengasingan cawan ini “amalan keras” yang boleh mengakibatkan masalah lain dan “Islam tidak meminta perkara ini.”

Sementara itu, Pengerusi Biro Harmoni Agama MCA Ti Lian Ker mengecam dasar itu, mengatakan dasar itu memupuk prejudis dalam kalangan pelajar.

“Sebagai ketua sekolah, bekas guru besar SK Taman Puteri patut menunjukkan contoh positif dengan menyampaikan nilai 1Malaysia, bersatu dalam kepelbagaian, dan bukan sikap perkauman atau melebihkan agama daripada hal lain, kepada pelajar, guru dan kakitangan.”

Katanya, sekolah tidak patut memperkenalkan dasar yang akan meninggalkan “tanggapan salah yang tidak boleh dipadam” dalam minda anak kecil bahawa dominasi kaum dan agama dan sikap tidak hormat boleh diterima.

Beliau menambah pihak berkuasa mesti menyiasat sama ada guru besar yang melaksanakan dasar itu, kini sudah dipindahkan, sedang memperkenalkan amalan taksub di sekolah baharu.

“Kementerian Pendidikan mesti terus mengarahkan pentadbiran SK Taman Puteri menarik semula amalan yang boleh menyebabkan perpecahan, meminta maaf kepada semua pelajar dan ibu bapa dan mulakan pengajaran nilai pelbagai budaya dan persahabatan tanpa mengira kepercayaan.”

Kejadian di SK Taman Puteri bukan pengasingan orang Islam dan bukan Islam yang pertama kali berlaku.

Tiga tahun lalu, seorang guru sekolah rendah di Setapak mencadangkan pengasingan pelajar Islam dan bukan Islam bagi menyelesaikan isu kekurangan guru, mengakibatkan ketidakselesaan dalam kalangan ibu bapa.

Sekolah itu menjelaskan aturan itu bagi menguruskan pengajaran Pengajian Islam dan bahasa Arab untuk peajar Islam, dan subjek Moral, Mandarin, dan Tamil untuk pelajar bukan Islam. 

Pada 2013, Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh dikecam teruk selepas pelajar bukan Islam disuruh makan di sebuah bilik yang bersebelahan tandas ketika Ramadan kerana rakan Islam mereka sedang berpuasa.- fmt

School’s policy of separate cups for Muslims and non-Muslims

China dah pacak bendera 
dan panji2 di bumi Malaysia...

Panji-panji bukan sebarang panji-panji. Bahasanya bukan bahasa ibu pertiwa. Cogan katanya tidak banyak yang mengerti.

Ini adalah panji-panji yang menjadi manifestasi kepada hegemoni politik dan ekonomi empayar komunis terulung di dunia – Republik Rakyat China.

Gambar panji-panji ini menjadi tarikan dan menular dalam media sosial selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merasmikan upacara pecah tanah projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Kota SAS, Pahang semalam.

Panji-panji itu adalah pratayang (preview) kepada apa yang akan datang bersama projek ERCL yang dibiayai oleh hutang RM55 bilion dari China.


China state councilor Wang Yong 王勇, head of state owned asset 
supervision & administration committee leads China delegation to Kuantan ECRL

Bukan panji-panji bahasa Mandarin itu saja datang dengan projek tersebut. Daripada paparan media massa arus perdana, kita juga lihat turut sama datang adalah tenaga manusia, modal, jentera pembinaan dan kereta api.

Maksudnya, sebahgian besar daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dibelanjakan di negeri China untuk menjana ekonomi negeri China. China sudah pun menikmati faedah projek itu sedangkan kita sendiri belum pasti apakah keuntungan yang akan kita peroleh.



Malah kita jangan terperanjat jika sebahagian atau kesemua daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dijana di negara kita sendiri dengan meminjam daripada institusi-institusi kewangan kita.

Dalam bahasa yang mudah, China sudah memacak bendera dan mengibarkan panji-panji di bumi kita melalui ECRL dan projek-projek lain yang dibiayai atau didirikannya. 

Kecemperaan Cina adalah realiti sejarah. Tidak dapat tidak China terpaksa berkembang ke luar daripada sempadan politiknya. “The Middle Kingdom” sedang meledak.


PANJI-PANJI SIMBOL HEGEMONI POLITIK BENTUK BARU

Penduduk China makin bertambah. Kini China menampung 18.4 peratus daripada penduduk dunia sedangkan tanah pertaniannya hanya 10 peratus keluasan tanah pertanian dunia.

China terpaksa meluaskan wilayah ekonominya untuk memanpung keperluan makanan, pekerjaan dan tempat tinggal rakyat jelatanya.



Bagi negara seperti kita, pilihannya ialah menjadi rakan kongsi yang berdaulat atau menjadi tanah jajahan ekonomi China. 

Dalam gambar media, nampak ramai juga Melayu dijemput untuk bertepuk dan bersorak. Harap-harap janganlah sorakan mereka akan menyebabkan kampung tergadai.- mk


Hidup Melayu...

Semalam telah berlangsung acara pecah tanah projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan oleh Perdana Menteri Najib Razak. Projek itu menelan belanja RM55 bilion “dibiayai” (baca hutang) oleh China Communications Construction Group (CCCG). 

Tetapi dalam media arus perdana tidak dinyatakan “dibiayai” oleh China cuma disebut antara yang hadir ialah Ahli Majlis Negeri China sebagai wakil khas Presiden China, Pengerusi CCCG dan pegawai kanan China. Ada yang lurus bendul bertanya, “kenapa banyak orang China datang?”

Ada sesetengah pihak marah apabila imej China daripada gegantung (banner) hingga bahasa Cina digunakan dalam majlis rasmi negara asal Tanah Melayu ini. Ada pihak yang apologetik pula berkata, “Najib Razak berucap dalam bahasa Melayu cuma diterjemah dalam bahasa Cina.”


Related image

Tidak kisahlah Najib bercakap Melayu atau apa. Yang pentingnya sangat wajar didominasikan bahasa Cina kerana China memberi hutang RM55 bilion untuk projek mega ini. Sedarlah diri kita sikit, kita ini sudah melarat dan hampir papa kedana. Orang sanggup bagi hutang pun sudah nasih baik, jangan paksa orang berduit ikut bahasa orang tidak berduit.

Kenapa hendak bising acara yang dihadiri oleh pemberi hutang RM55 bilion dari China tenggelamkan bahasa Melayu?  Banyak orang Melayu,  Menteri Melayu dan tokoh korporat Melayu pun tidak menghormati (menutur dan menulis dengan baik) bahasa Melayu.  Terimalah hakikat bahawa kita ini lemah iman terhadap bahasa Melayu. Hanya Bangla saja yang berminat Bahasa Melayu.


Related image

Saya percaya inilah adalah antara kesan pantas Kongres Budaya 2017 yang baru lalu di mana antara lain memperkasakan  Dual Language Programme (DLP)  yang khabarnya panel kongres terdiri daripada sasterawan dan budayawan tidak tahu kewujudan resolosi mengenai DLP ini. Ada tangan ghaib memasukkannya.

Oleh yang demikian penganjur acara besar itu tidak harus rasa apologetik kerana memberi ruang kepada bahasa Cina. Anda telah melakukan yang sewajarnya. Anda sedar diri anda. Pedulikan persatuan-persatuan penulis, kemarahan boleh diuruskan dengan wang. Cash is king.-  kuseman.com

Dr Mahathir says tax sweep must 
include Najib and family too...

Dr.Mahathir Mohamad welcomed a tax sweep on his sons’ companies but said it should also include Prime Minister Najib Razak and his family. 

The Inland Revenue Board and Malaysian Anti-Corruption Commission are welcome to go through his accounts, the Pakatan Harapan chairman said after chairing the coalition’s second presidential meeting at Parliament today.

But Dr Mahathir did not stop there, suggesting that MACC and IRB also conduct the same investigation into Najib, his wife and their family members.

He said Najib had committed a crime against the nation. 

“(They) should also find the source of wealth of certain ministers like Datuk Seri Zahid (Ahmad Hamidi) and also Hishammuddin Hussein,”  he said, referring to the deputy prime minister and defence minister respectively.

“I suggested that MACC should study the lifestyle of their brothers and sisters. As for me, they can examine all my books, MACC, IRB.”



Dr Mahathir said the government’s action was an abuse of power.

“They are the government and they have the power to abuse.” 

Meanwhile, Dr Mahathir’s son, Mukhriz, said the raid on August 8 was conducted when neither he nor his two siblings were around.

“I guess they wanted to make sure all of us are not around (when they raided the premises). They seized documents, files.” 

He said the investigation carried by IRB was for the non-declaration of taxes between 2011 and 2013.

“We were told, we do not have to file it in back then. I expect we have to submit some documents to fulfil some of the request, such as tax declaration form and others,” said Mukhriz.


Photo published for LHDN turut serbu syarikat Mukhriz dan Mirzan pada hari sama

Without accusing anyone, he said he could connect the dots and suspect it had to do with the calls made by Minister Nazri Abdul Aziz and Zahid to investigate Dr Mahathir’s family.

“It is political intimidation. It has to be. This happened a week after Nazri, DPM suggested it and it really happened, so I connect the dots.

“And we expect that this is not going to stop. The harassment will continue. It’s politically motivated.”  

Mukhriz added that he has no problem working with the IRB, calling those in the raiding team professionals who were just doing their job.

“They are professionals just doing their job. They are taking instruction from people with political interest.” - themalaysianinsight


Image may contain: 3 people, people smiling, text
Image may contain: 3 people, people smiling, meme and text
Selangor's MB crisis turns out not so bad afterall. 
Nobody knows what would have happened if he remained as MB. 
He'll probably lay the state coffers on a silver platter for UMNO.

Sapa jadi PM tahun 2024 
siaplah pikiaq nak membayar hutang...


Mahathir ucap hepi besday kat Anwar
Story kat SINI dan SINI   

cheers.

No comments: