23 August 2017

Kalu tragedi Memali digali akan jumpa Amanat Hadi...

Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh menafikan peranan amanatnya, sehingga tercetusnya tragedi berdarah Memali yang mengorbankan 18 nyawa, sekiranya dipanggil oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, tragedi berdarah itu berlaku bertitik-tolak dari ketaksuban pengikut PAS terhadap kenyataan Hadi dalam ceramahnya di Kuala Terengganu yang dikenali sebagai ‘Amanat Hadi’.

“Sekiranya RCI diadakan, tidak dapat dielakkan hakikat tentang peranan Hadi melalui ‘Amanat Hadi’ sehingga berlakunya tragedi berdarah Memali,” katanya.

“Kertas putih tentang tragedi Memali sudah ada. Sepatutnya kerajaan bentangkan di Parlimen kertas putih itu dan bahaskan semula. Tetapi kalau sudah kehendak kerajaan hendak buat RCI, terserahlah,” ujarnya.

"Ada dua elemen penting dalam Amanat Hadi. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi atau Nasrani untuk menjadi kafir, sebaliknya cukup dengan mengamalkan politik suku dan agama suku.

"Kedua, Hadi juga kata perjuangan yang mereka lakukan adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid," ujar Rahim lagi. Sekarang macam mana?



‘Amanat Hadi’ yang ‘dianuti’ rata-rata pengikut PAS ketika itu dilihat menjadi punca kepada budaya takfiri atau kafir-mengkafir sehingga mencetuskan kontroversi dan perpecahan masyarakat Islam negara ini khususnya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Terengganu dan Kelantan.

Ia telah menyebabkan kes solat dua imam dilaporkan berlaku selain perceraian dan timbulnya isu pulau-memulau serta tidak makan sembelihan orang UMNO.

Amanat itu antara lain cuba menggambarkan perjuangan UMNO sebagai ‘kafir’ dan sekiranya seseorang itu mati melawan ‘puak-puak ini’ maka ia dianggap sebagai mati syahid.

Taksub Amanat Hadi

Menurut Rahim, meskipun ‘pertempuran’ Ibrahim Libya dan pengikutnya bukan arahan PAS, namun ketaksubannya terhadap ‘Amanat Hadi’ menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa mengambil tindakan.

“Apa yang Ibrahim lakukan bukanlah arahan parti tetapi dia sudah mengikuti ‘Amanat Hadi’ dengan begitu mendalam dan disebabkan itu polis terpaksa mengambil tindakan.

“Ada dua elemen penting dalam ‘Amanat Hadi’ ini. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi, Nasrani untuk menjadi kafir, cukup dengan mengamalkan politik suku, agama suku, mereka sudah menjadi kafir.

“Kedua, dia kata perjuangan yang dilakukan mereka adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid,” katanya.



Ketika diminta mengulas cadangan itu, bekas Ketua Polis Negara dari tahun 1974-1994, Tun Mohamad Hanif Omar mempersoalkan maklumat apa lagi yang mahu dicari dalam tragedi tersebut.

“Apakah sebabnya mereka masih tidak puas hati? Apakah perkara penting yang masih belum terjawab?” soalnya, turut dilaporkan portal The Malaysian Insight.

Selain mungkin kerana kertas putih peristiwa Memali sudah pun dibentangkan di Parlimen pada 26 Februari 1986 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Hanif juga mengingatkan bahawa setiap RCI akan mempunyai kos tersendiri yang akan ditanggung oleh rakyat.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah antara individu yang perlu dihadapkan ke jawatankuasa RCI tersebut jika ia dibuhkan ekoran kenyataan yang pernah dikeluarkan dalam ‘Amanat Hadi’.



Kit siang berkata demikian mengulas kesediaan kerajaan UMNO-BN untuk mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat kejadian yang berlaku pada 1985 di Memali, Kedah itu sehingga meragut 18 nyawa.

Cadangan penubuhan RCI tragedi Memali itu muncul selepas jawatankuasa yang sama ditubuhkan bagi menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) oleh Bank Negara yang berlaku pada 1990-an sewaktu Tun Mahathir mentadbir negara sebagai Perdana Menteri.

Tun Mahathir yang kini mengetuai HARAPAN merupakan pemimpin yang lantang menyerang tanpa henti pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal mega melibatkan firma pelaburan berdaulat milik negara, 1MDB. 

Isu lebih 30 tahun lalu ini muncul semula setelah berlakunya kontroversi dalam forum Nothing to Hide anjuran ARMADA, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, baru-baru ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannnya baru-baru ini mendesak kerajaan supaya menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi lebih 30 tahun tersebut. – Roketkini.com 

Dulu guna propoganda,putaq belit media,kini guna RCI


Image result for Forex RCI
Forex RCI needs 3 days, 
not 3 months to complete task...

The Royal Commission of Inquiry (RCI) tasked with investigating Bank Negara's foreign exchange (forex) losses held its first hearing yesterday.

Based on what transpired, former law minister Zaid Ibrahim claimed that the commission needed three days to wrap up its probe instead of the three-month time frame accorded.

He noted how after the first day of the hearing, the six-member RCI established that Bank Negara's forex losses amounted to RM31.5 billion between 1991 and 1994.

“Day two Tun M (former premier Dr Mahathir Mohamad) was responsible and day three, the full report can be published,” he tweeted on a sarcastic note.

“Why need three months and waste more public funds?” he added.

Yesterday, the commission's chairperson Mohd Sidek Hassan also revealed that the actual figure was concealed from Bank Negara's reports.

He said the RCI must now determine who wanted the figure hidden.

Former Bank Negara staff Abdul Aziz Abdul Manaf, who was the first witness, was quizzed on why the figure was not reflected in the reports.

He replied that profits and losses were only reported to Bank Negara's board of governors.


Image may contain: text

Meanwhile, Bank Negara's former assistant governor Abdul Murad Khalid, who also testified yesterday, told the hearing that Anwar Ibrahim, who was then finance minister, was briefed on the actual losses incurred.

Murad claimed that Anwar told him he would have to resign should the figure be made public.

The RCI is expected to complete its probe within three months from the date of its setting up on July 15 and thereafter submit its report to the Yang di-Pertuan Agong.

It has been tasked with determining the veracity of allegations surrounding the forex losses and economic implications.

It will also determine if Bank Negara's involvement in forex activities contravened the Central Bank Ordinance 1958 or other related laws.

The RCI will decide whether there were attempts to conceal facts and information regarding this as well as the issuance of statements which misled the cabinet, Parliament and public.

The commission has also been tasked with recommending actions to be taken against those directly or indirectly involved.

Mahathir and the opposition have accused Prime Minister Najib Abdul Razak of attempting to exact political revenge against the former premier and deflect attention from 1MDB by dredging up old issues.- mk

Zaid is correct. The whole RCI has been scripted already. Just get on with it and publish the findings and conclusion. Basically Mamak is guilty as Hell, and DSAI assisted in the loses. And we lost twice as much as we lost in 1MDB. Sure wan. This is the conclusion. Funny, neither of them took any money personally into their personal account. Now they have to back track and get a junior officer, probably dead, to say that he heard that RM 2.6 billion was deposited into Mamak's account by another Arab? Sidek is just a good servant and puppet. The sad thing is DYMM allowed it. DYMM Agong, can we have a RCI on 1MDB please. That is more relevant. The thief is still alive, and he took money into his personal account. Malaysia is suffering with 6% GST because of this Grand theft.- drngsc 

Taklimat' Murad untuk Anwar setahun terlambat...
DOE found no pollution at illegal factory
Story kat SINI dan SINI  





cheers.

No comments: