15 September 2017

Dulu "shopping" kapal selam,sekarang kapal terbang...

Image result for boeing 787 Dreamliners.

‘Perjanjian’ kerjasama Putrajaya – Rumah Putih yang berlangsung semalam mengambil tempat kira-kira empat bulan selepas Trump menjadi tetamu kehormat Raja Salman di “Arab Islamic American Summit” di Jeddah membincangkan seputar topik terorisme.

Selain pengukuhan keselamatan serantau, rakyat sudah tentu berharap perdana menteri akan membawa sesuatu yang bermakna – tatkala kita terus dibebani dengan peningkatan kos sara hidup, cukai GST dan kenaikan berterusan harga minyak.

Ini termasuk situasi di mana golongan berpendapatan sederhana dan rendah terpaksa melupakan hasrat mereka untuk memiliki rumah impian.

Lawatan Najib yang diharap membawa pulang sesuatu yang menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri.

Najib dan delegasinya telah bersepakat untuk membantu ‘memperkukuhkan’ ekonomi Amerika Syarikat dengan pelaburan lebih RM40 bilion sementara ekonomi negara mengalami kemerosotan. 

Najib telah umumkan bahawa kerajaan melalui Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliners.

Image result for Boeing 737

Najib juga berkata bahawa kerajaan juga mungkin akan membeli 25 lagi pesawat 737 pada masa akan datang  dengan jumlah yang bernilai lebih US$10 bilion atau RM42 bilion dalam tempoh 5 tahun. 

Apa yang lebih mengejutkan, pertemuan Najib – Trump turut disusuli dengan komitmen kerajaan melabur sebanyak US$3 bilion hingga US$4 bilion kepada pembangunan infrastruktur AS. Ini tidak termasuk sejumlah US$7 bilion yang sudah dilabur oleh KWSP di AS.

Dan jangan pula kita hairan kalau-kalau BN mendakwa nilai pelaburan dan pembelian mencecah puluhan bilion ringgit itu kononnya membuktikan kedudukan kewangan negara di dalam keadaan stabil – itu bohong.

Di sebalik lagak Najib sakan menyalurkan pelaburan negara ke Amerika, fikiran saya tiba-tiba teringatkan nama Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan kontroversi komisyen pembelian kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Related image

Memetik laporan The Malaysian Insight 1 Ogos lalu, Abdul Razak Baginda pernah menjadi penasihat kepada Najib Razak yang ketika itu menteri pertahanan dan didakwa di Perancis berhubung kes penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.

Saya tidak mahu mengulang beberapa teori dan tragedi besar yang berlaku selepas kontroversi itu timbul termasuk pembunuhan seorang model warga Mongolia bernama Altantuya Sharibu.

Saat ini, negara semakin terbeban dengan defisit dan hutang-piutangnya. Situasi BN bertambah kritikal menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja. “Kerajaan takda duit” kata seorang teman.

Sudah tentu, BN memerlukan banyak sumber kewangan untuk mengekalkan kedudukan mereka jika bernasib baik. Soalan saya, mungkinkah ada gerangan sosok Razak Banginda 2.0 yang bakal muncul? – Roketkini.com 

25 terkorban dalam kebakaran 
Sekolah Tahfiz...

Pagi ini satu kebakaran menyayat hati telah berlaku di Kuala Lumpur.Satu pusat tahfiz terbakar dan seramai 22 pelajar tahfiz, serta 2 warden disahkan telah terkorban. 

Semua 24 jasad yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pagi ini dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain.

Pusat tahfiz itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata jasad ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatkan 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.


"Siasatan mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian pagi ini.

Kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran lttifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat dua bangunan tersebut. 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad berkata, perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama.



Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kawasan kebakaran yang berlaku di tengah bilik.

Kemungkinan mangsa yang terperangkap cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap.


Image may contain: 3 people, text

Namun begitu, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga. Mari sedekah Al Fatihah dan doakan buat mangsa yang terkorban.

25 die in fire at KL tahfiz school

Image may contain: text
212 sekolah agama terbakar bagi tempoh 2015-2017...
Story kat SINI dan SINI  

Sultan Johor - She did not kiss me, 
leave her alone...

Johor ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has called on the public not to cast aspersions on a woman whom certain quarters claimed kissed him on the cheek during the Kembara Mahkota Johor 2017 tour.

The ruler made this call via a Facebook posting, which also featured a video of the incident.

Sultan Ibrahim said the video recording clearly showed that the woman, who is said to be suffering from mental illness, did not kiss him.

“She approached me to whisper something into my ear. However, I could not hear what she was saying because of the noise in the open area,” he was quoted as saying.



The Sun Daily reported that the woman was arrested by police for disrespecting the ruler in the Sept 11 incident at Ayer Hitam.

The report claimed that police personnel and the sultan's bodyguards attempted to pull the woman away from the ruler but she resisted.

Quoting sources, the daily claimed the woman suffered a minor cut to her lip during the struggle.

However, police managed to subdue and arrest the woman who screamed and caused a commotion.

No dangerous items were found on the 28-year-old woman, and she had no previous criminal record. It was learnt that she had been suffering from depression for more than a decade.

Meanwhile, Sultan Ibrahim said the woman did not do anything untoward or improper and urged the police to be tactful in handling the case. - mk

Image may contain: 5 people, people smiling

US court grants DOJ stay request on 1MDB suits
MAKAMAH LOS ANGLES sengaja buat keputusan hari ini
US court grants DOJ stay request on 1MDB suits

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: text


Image may contain: 1 person, meme and text

cheers.

No comments: