10 January 2018

Hadi bawa lari hulubalangnya ke kerusi lebih selamat...

Related image

Sejak berpisahnya PAS dengan PKR dan DAP, sejumlah kerusi yang dimenangi parti itu berkat pengundi bukan Melayu berada dalam bahaya, termasuk Temerloh yang diwakili ketua penerangannya Nasrudin Hassan.

Justeru ada cakap-cakap yang mendakwa Nasrudin akan melepaskan Temerloh untuk mencari "suaka" di kerusi-kerusi selamat di Terengganu atau Kelantan.

Beberapa sumber yang arif dengan keadaan di Temerloh memberitahu Malaysiakini desas-desus tentang soal itu semakin meningkat memandangkan beliau sendiri jarang kelihatan di sana.

Temerloh adalah kerusi majoriti Melayu separa bandar dan satu-satunya kawasan Parlimen yang dimenangi PAS di Pahang.

Berdasarkan data pilihan raya umum (PRU) ke-13, ia merangkumi 64 peratus pengundi Melayu, Cina (24 peratus) dan India (9 peratus).

Ketika itu, Nasrudin menewaskan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dengan majoriti 1,070 undi, atau 1.8 peratus. 

Saifuddin mendapat majoriti undi Melayu manakala Nasrudin mendapat sekurang-kurangnya 70 peratus undi Cina. Boleh dikatakan pengundi Cina adalah punca Nasrudin dapat ke Parlimen.

Saifudin menyertai PKR pada 2015 dan kini menjadi ketua sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mendaki tangga PAS

Selaku tokoh dalam kumpulan proulama, Nasruddin mendaki hierarki PAS, daripada ketua pemuda kepada anggota Majlis Syura Ulama, autoriti tertinggi dalam parti itu.

Tahun lalu, beliau bertanding bagi jawatan naib presiden tapi tewas dengan beberapa ratus undi. Beliau kemudian dilantik semula sebagai ketua penerangan.

Selepas PAS memisahkan diri daripada Pakatan dan dilihat semakin mesra dengan Umno, semakin ramai pengundi bukan Islam yang kecewa dengan parti itu.

Jika Nasrudin ingin bertanding mempertahankan kerusinya di Temerloh, beliau berisiko kalah.

Ada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah parlimen itu, iaitu Kuala Semantan, Lancang dan Mentakab.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan daripada AMANAH, Syed Hamid Syed Mohamed (gambar) menyifatkan Nasrudin sebagai "beban" kepada PAS Pahang, dan merasakan beliau tidak akan mempertahankan Temerloh.

"Nasrudin mungkin tidak akan bertanding (di sini) kerana beliau tidak berkhidmat kepada penduduk di sana," katanya.

Saifuddin pula ketika dihubungi mendakwa Nasrudin mungkin akan bertanding di Kelantan atau Terengganu. 

"Beliau tidak akan dapat undi Cina yang cukup ekoran pendirian PAS, dan beliau sendiri, dalam beberapa isu. Pengundi Melayu pula mempersoalkan beliau jarang muncul di Temerloh, dan kalau ada pun hanya dalam bentuk ceramah," katanya. Baca seterusnya...


Pilih team Dr.M/Dr.Wan 
atau Najib/Zahid ...

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini nanti akan jadi pertembungan antara dua perkara – antara mahu meneruskan kestabilan atau janji menamatkan penyelewengan, kata penganalisis politik.

Walaupun Pakatan Harapan (PH) menawarkan peluang untuk melaksanakan pembaharuan, tawaran Barisan Nasional (BN) untuk ekonomi dan politik yang stabil meyakinkan banyak pihak, tambah mereka.

“Daripada perspektif dasar, tawaran yang paling menonjol daripada gandingan Dr Mahathir Mohamad-Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah ikrar untuk menghentikan penyelewengan.

“Janji lain seperti hapuskan GST, kurangkan hutang PTPTN atau perlawanan EPL percuma nampak mustahil, janji menamatkan penyelewengan ini ada kesan yang meluas,” kata Pengarah Ilham Centre Hisommudin Bakar, yang menjalankan penyelidikan kualitatif dalam kalangan pengundi Malaysia.

Dengan menghapuskan atau mengurangkan rasuah, Malaysia boleh kembali membina imej antarabangsanya dan memulihkan keyakinan pelabur, kata lulusan sains politik dari Universiti Malaya (UM) itu.

Pada sisi lain, gandingan Najib Razak-Ahmad Zahid Hamidi bermakna mengekalkan apa yang ada sekarang dan tidak menawarkan apa-apa yang baru, katanya.

“Gandingan BN itu hanya boleh menawarkan kestabilan politik dan ekonomi. Memanglah ekonomi sudah bertambah baik dan projek besar seperti ECRL dan MRT akan dilaksanakan tahun ini tetapi itu semua bukan baru.  

“Tidak seperti PH, BN tidak banyak krisis dalaman dan kestabilan itu memberikan keyakinan kepada kakitangan awam dan pengundi di luar bandar,” katanya.

Kaji selidik Transperancy International 2017 terhadap 22,000 menunjukkan 59% rakyat Malaysia percaya amalan rasuah telah meningkat sejak kebelakangan ini.


The People and Corruption: Asia Pacific (Global Corruption Barometer) berkata 62% rakyat Malaysia yang dikaji selidik merasakan kerajaan tidak membanteras rasuah dengan memuaskan.

Satu kaji selidik UM baru-baru ini juga menunjukkan pengundi yang disoal selidik di 12 kerusi Parlimen mahukan pemimpin yang bebas rasuah. 

Gandingan Najib Razak-Ahmad Zahid Hamidi bermakna mengekalkan apa yang ada sekarang dan tidak menawarkan apa-apa yang baru. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Januari, 2018. 

Profesor Madya UM Dr Awang Azman Awang Pawi berkata gandingan perdana menteri dan timbalan perdana menteri PH nampak “padu”dengan Dr Mahathir juga sudah jadi faktor “penyatu” dalam pembangkang.

“Itu satu pencapaian bagi PH. Sikap Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya dan pencalonan PH menunjukkan pembangkang boleh melupakan masa lalu dan memaafkannya atas apa yang telah dilakukan pada mereka,” kata Awang Azman.

Daripada segi polisi, beliau menjangkakan Dr Mahathir akan kembali kepada formula lamanya yang teruji iaitu menarik pelaburan asing sementara Najib akan condong kepada China untuk pelaburan.

Najib memberikan banyak peluang kepada China untuk melabur di sini dan mempunyai hubungan yang baik dengan negara itu, tetapi Dr Mahathir mahu menetapkan pelaburan bagaimanakah yang dibawa masuk oleh China.

“Dr Mahathir akan fokus kepada pelaburan yang melibatkan pemindahan teknologi bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

“Kalau beliau ambil alih, beliau mungkin membeku sebahagian pelaburan China yang tidak ada untung dari segi jangka panjang untuk Malaysia.

“Beliau tidak mahu kesan negatif China seperti yang berlaku di Sri Lanka dan Zimbabwe.”


Related image

Kak Wan lawan Zahid

Mengenai kedudukan antara dua calon timbalan perdana menteri, Awang Azman berkata Zahid ada kelebihan berbanding Dr Wan Azizah.

“Zahid sudah menunjukkan daya kepimpinan yang kuat dan mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Beliau seorang yang mampu menggantikan Najib kalu Umno mahukan seorang pemimpin baru, sementara Dr Wan Azizah nampak seperti pemimpin sementara saja.

“Tidak jelas apa akan jadi selepas suaminya (Anwar) dibebaskan nanti. Pengundi tidak tahu apa akan jadi kepada gandingan Dr Mahathir-Dr Wan Azizah ini,” kata Awang Azman.

Presiden PKR itu simbol keluarga Anwar dan masih berperanan untuk menyatukan undi pembangkang, kata pensyarah UM itu.

“Namun pencalonan Kak Wan sebagai timbalan perdana menteri wanita yang pertama mungkin akan menguntungkan pembangkang,” kata Hisommudin.

“Ini resipi baru dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Menarik untuk lihat bagaimana pengundi wanita memberikan undi mereka kepada pakatan yang pertama kali meletakkan calon wanita untuk jadi timbalan perdana menteri.

“Tetapi tidak jelas apakah gandingan sementara? Apa akan jadi selepas Anwar bebas?

“Bagaimana Anwar akan jadi perdana menteri seterusnya apabila undang-undang mengatakan beliau tidak layak kerana ada hukuman penjara?

“Ini soalan yang PH perlu jawab sebelum PRU14.

“Ada banyak ketidakpastian dalam gandingan PH ini berbanding BN. Kalau BN menang, saya jangka Najib akan selamat. Selepas mengalahkan pengkritiknya paling lantang, Najib akan memerintah lima tahun lagi atau lebih daripada itu,” kata Hisommudin.


Image result for zahid n wan azizah

Siapa pilihan pengundi?

Walaupun semua empat pemimpin itu veteran dan datang dari kelas elit politik, mereka mewakili pertembungan antara status quo dan perubahan, kata peguam Syahredzan Johan.

“Saya fikir kedua-duanya tidak begitu menarik kerana keempat-empat mereka veteran. Kita bukan mencari tokoh seperti Bernie Sanders atau Jeremy Corbyn, veteran tetapi dari luar.

“Kita juga bukannya mencari Justin Trudeau, Emmanuel Macron atau Jacinda Ardem versi kita – pemimpin muda yang muncul untuk memimpin negara. Jadi daripada segi gandingan, ia bukannya segar atau mengujakan.

“Tetapi saya fikir pada akhirnya ialah apakah yang diwakili oleh gandingan itu.

“Najid dan Zahid – status quo dan kesinambungan pemerintahan BN yang lama dan berterusan. Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah – kemungkinan ada perubahan, permulaan baru dan berakhirnya kemenangan BN.”

Syahredzan, peguam hak asasi manusia yang juga sering muncul di forum, berkata pengundi mungkin akan memilih gandingan yang lebih layak mewakili Malaysia yang lebih baik untuk lima tahun akan datang. 

“Dilihat dari perspektif itu, gandingan PH lebih mengujakan kerana mereka mewakili harapan untuk perubahan, bukan kerana mereka itu sendiri calon yang menarik,” katanya. - themalaysianinsight

MACC raid Penang Tunnel project...

Officers from the MACC headquarters today conducted a major raid in Penang related to the construction of the state's massive undersea tunnel project.

Sources in MACC said the raid began at 9am, with targets including several companies working on the project, which aims to link the island at Gurney Drive to Bagan Ajam on the mainland.

It is learnt that the MACC raided the state secretariat office in Komtar, the state public works department (JKR), and the state Land and Mines Department.

The offices of developer Ewin-Zenith Sdn Bhd, 555 Capital Sdn Bhd and Konsortium Zenith in the capital Georgetown were also raided...

While Penang executive councillor Chow Kon Yeow said he was not aware of any MACC raid, state secretary Farizan Darus (photo) confirmed that federal MACC officers were present at the state economic development corporation's office on Komtar's 25th level.

"They visited and collected documents related to the project. There were no arrests," he told Malaysiakini.

Another state exco, who declined to be named, said: "I was in the state secretary's office and did not hear about any MACC raid."

Konsortium Zenith CEO Zarul Ahmad was not available for comment.

According to Malay daily Berita Harian, MACC deputy chief Azam Baki (photo) said the raid was carried out to assist investigations related to the mega project.

"The raid was carried out based on new evidence related to the construction of the undersea tunnel which was submitted to MACC," Azam was quoted as saying.

The Penang undersea tunnel, estimated to cost RM6.3 billion, has been targeted and scrutinised by BN politicians, who allege corruption in the project. - mk

To the public these MACC raids are posturings to paint the Penang government bad when the general election draws near. It is hoping that such negative publicity would make Malaysians wary of the Harapan government. The MACC's credibility had been dented so who is going to believe them anyway? Why the urgency? Have they any evidences, what they have are only allegations from the BN politicians? Until today what has happened to the police report against the MACC chief  having affairs with a married woman? Silence from all parties in police and AGC. Thus tell us with this sorry state of affairs in MACC, how can we trust institution to do an independent job against the opposition? - Ferdtan

MACC doesn’t even have the capability to investigate simple cases like 1MDB and SRC International and its closure, wants to investigate the matters relating to undersea tunnel in Penang. MACC started 2018 as a bunch of clowns who have no idea what is their constitutional roles are. Oh forgot. This action is only to assist someone in the higher up for the contract bidding. Okay, we know now that it is only your political game of you scratch my back I will scratch your back sandiwara. MACC must go back to its original constitutional role of investigating corruption matters as Candidate PM Tun M is on his way to Putrajaya to claim back Rakyat’s power for the oppressed.- Vgeorgemy

Why is umno's MACC not doing a thing about the tons of evidence related to the MO1's 1MDB? When will there be a raid on 1MDB? What about the charge sheet found at: http://sprminsider.blogspot.com? The 1MDB is the world's biggest financial scandal and yet there is no raid by umno's MACC. - Kangkung

Formula pembahagian kerusi elak PM terlalu berkuasa
Story kat SINI dan SINI  

Image may contain: sky and outdoor
Sejak berbaik dengan Najib ni berjangkit pulak ilmu gadai menggadai kat pemimpin parti Pak lebai. Dengar cerita sebab apa nak digadai adalah untuk melangsaikan hutang Harakah 2.4juta. 

Image may contain: text
Senarai rombongan Najib ke Saudi...

Satu masa dulu tok ku pesan...


cheers.

No comments: