06 March 2018

Gadis 14 nak h/p pintar RM5000,lacur at RM150 x 350 kali...

Related image
gambaq hiasan

Seorang gadis berusia 14 tahun melacurkan dirinya sebanyak 35 kali demi mendapatkan sebuah telefon pintar berharga RM5,000, lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa dipetik berkata, kes terbabit merupakan antara kes perdagangan seks melibatkan pelajar bawah umur tahun lalu.

Related image

Menurutnya, berdasarkan risikan polis, pelacur tempatan di bawah umur itu menawarkan perkhidmatan serendah RM300 dan sebahagian bayaran dibahagikan kepada anggota sindiket.

"Ini bermakna, gadis berusia 14 tahun itu hanya akan memperoleh sebanyak RM150 untuk bahagiannya.

"Bagi mendapatkan telefon pintar yang bernilai sekitar RM5,000, dia perlu melayan pelanggan sebanyak 35 kali," ujar beliau. - mk

Image result for pindaan hadkan kuasa raja2 - utusan
Tun Ghafar Baba yang mahu 
pindaan hadkan kuasa raja2...

1. “Jika you batalkan juga  pindaan ini, saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa. Yes , hak rakyat , bukan hak mereka.

2. “Mereka ini kena patuh Perlembagaan dan undang-undang . Mereka bukan Raja Mutlak  saperti  Raja-Raja Arab . Rakyat yang meletakkan mereka di situ”.

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya, Pak Ghafar (arwah Tun )  apabila Dr. Mahathir ( Tun ) menelefon beliau memaklumkan hasratnya  tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian diantara rakyat dengan Raja.

Katanya lagi mungkin satu hari nanti  anak-anak Raja yang tak senang dengan kita , mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita  . Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu  kita di dalam kubur nanti.

7. Ayahanda Tun Ghafar  meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. ALFATIHAH.

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara  TERPAKSA  dipinda, justeru mereka terus berdendam dan menyalahkan Dr. Mahathir seolah-olah  beliau sesuka hati dan beria-ia sangat yang mahu kedua dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

9. Perlu saya berterus terang selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Dr. Mahathir, saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.

Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran2 secara bebas.

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya.

Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

12. Niat saya hanya mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1983, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 ( 4 ) 2  Raja-Raja MESTI   bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.

15. Rakyat jelata mula marah diatas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim  disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

17. Di sini Dr.Mahathir telah berjaya mententeramkan   keadaan, jika tidak, mungkin  hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada  Negeri  Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira  320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu.

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan , Selangor. Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris ( bekas MB Selangor ), Datuk Kamaruddin Md. Isa ( bekas MB Perak ), Datuk Mustapha Jabar ( Setiausaha Agung ) dan Puan Marina Yusoff.

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.


Image result for pindaan hadkan kuasa raja2

19. Akhirnya mereka (Raja-Raja dan peguam  mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara  dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja  berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru  mereka ( Raja2 ) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu.

20. TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA  RAKYAT kerana  rakyatlah yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

21. Saya pernah dengar  cakap-cakap  kononnya  ada terdapat  amalan di mana Raja-Raja  perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya . Begitu juga kononnya sama ada sesorang itu boleh dilantik sebagai EXCO  atau tidak,  turut ditentukan oleh  Raja berkenaan.

Semua amalan ini termasuk meminta mana-mana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja  yang TIDAK  AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti  yang menang tidak digemarinya – ini semua adalah amalan yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

22. Jika amalan ini berterusan , maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara ( Ketua Kerajaan ) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

23. Lagi pun cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakkan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas  Gomez  dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan  pada  10hb Disember 1992  adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang yang sedia ada.

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja yang pertama sekali diheret ke Mahkmah. Ia berlaku pada 1995.

27. Adalah  tidak ruginya jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya  ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar  dari Johor yang berbunyi – “AKU  BUKAN  TUHAN  YANG  PATUT  DISEMBAH”

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

35. HAK  MENGUNDI  IALAH  HAK  RAKYAT.

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang. - Tamrin Tun Ghafar

Related image
Reclaim money,if it's indeed 'clean' 
Wan Ahmad is no country bumpkin...

Sepang MP Hanipa Maidin has challenged Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Wan Ahmad Najmuddin Mohd to reclaim his RM971,800 seized by the Australian authorities by engaging in court action if it indeed is "clean money".

In a statement today, the Amanah lawmaker said it was insufficient for inspector-general of police Mohamad Fuzi Harun to exonerate his colleague by claiming they had evidence that the money was raised by selling Wan Ahmad's house in Shah Alam to fund his children's education in Australia.

"I pity the IGP. He appears to be very naive; as naive as leaders from the 'holy party'.

"If it is indeed clean money, why did the CID director refuse to reclaim it from Australia by engaging a lawyer there, and tender the evidence? This is the (right) way, IGP," Hanipa said.

Not reclaiming the rightful ownership of the seized fund was as "strange" as those who said there is no proof that luxury yacht Equanimity belongs to businessperson Jho Low, when Low himself had condemned the seizure as an overreach, Hanipa added.

"Lastly, showing evidence is not enough, dear IGP. The evidence must be duly tested in Australia, through an application to reclaim the RM971,800. Only then, your defence will be reasonable, IGP.

"Another thing, don't think only you have evidence, for the Australian police may have more evidence. Allah knows best," Hanipa added.

Australian newspaper Sydney Morning Herald had last week, reported that the Sydney bank account of Wan Ahmad (photo above), which contained the close to RM1 million in funds, was frozen, alleging it was proceeds of crime or laundered money.

Wan Ahmad has said that he does not intend to reclaim the money as court action in Australia would be too expensive.


Hanipa Maidin 

‘No country bumpkin’

Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh, meanwhile, criticised Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi (photo) for saying that Wan Ahmad was possibly ignorant of Australian law, which requires sums over A$10,000 to be declared.

“What is Zahid’s message to the world here? Is he saying that one of the country’s most senior police officers was ignorant of the law, and that its OK that he was?” the DAP lawmaker asked.

“Wan Ahmad is no country bumpkin who might be forgiven for being ignorant of the law. He is the CID director of Bukit Aman, and must surely have knowledge of such elementary accounting procedure and practice in Australia.

“Even a student opening an account for the first time in Australia would have been advised of the same,” he added.

Ramkarpal also questioned why Australian authorities were still investigating the matter if such a simple explanation could absolve Wan Ahmad of any liability, as it did here.

“It is unlikely that the said authorities will cease such investigations merely because Zahid is satisfied with Wan Ahmad’s explanation, or that he had been cleared by Bukit Aman in an internal probe,” he said.

Yesterday, the DAP lawmaker took issue with the MACC stating that it would wait for a report to be lodged on the matter before launching an investigation.

He said the ongoing probe being conducted by Australian police was enough for the commission to commence its own. - mk

I believe that the DPM and the IGP should not be doing what they are doing.  This sets a very bad example to the public.  What if someone else ( a common man) goes to them with the same story, would the two top people in the country also say that that person was naive too? The Australian Police are not going to be cowed by these denials and if one day soon they are going to look for the CID Chief, what is going to be the IGP's and DPM's  responses?  Be brave and let the Aussies carry out their investigations.  After all, if the CID Chief's story is true, why the denials at this stage? - Worried Sick

If the money confiscated by the Australian authorities is legitimate hard-earned money, it will be natural to try to recover the money. Conversely, it will be most unnatural for one to forgo such a huge sum so easily without a fight. Wan Ahmad is CID chief, not someone naive with investigative methods and procedures. Therefore, he is in a better position than many people to recover the money, as he would surely know how to argue his case to recover the confiscated money. Is someone compensating Wan Ahmad for the loss of his money? If so, what would be the reason or reasons for this person to be so kind and so generous to Wan Ahmad? - Hibiscus

Malaysians must be very well off. First, we refuse to claim RM400 million from the Swiss. Then we refuse to claim the Equanimity or indeed, any of the assets which amount to billions being seized by the DOJ, even thought both governments are adamant that it's our money. Even a wage earner like the CID director can easily forgo RM1 million. Just like that. I am a Malaysian but looking at all these news make me think they must be living in a different country from me. Even if an Australian lawyer cost RM800k, I would still have a balance of almost RM200k to recover. That is a huge sum of money for me. But what do I know, I am not a wage earner like the CID director. - Anonymous 2413471460628504

Fatty fatty Boom Boom seen somewhere off the East Coast minus Equanimity 
and trying to blend himself among the company of some illegal immigrants...



Setelah terima dedak RM50,
macai kenalah tanggung bala di atas tu...

Image may contain: text
Apakan jadi kali PAS menang 130 kerusi nanti...

cheers.

No comments: